Wednesday 9 April 2014

LABEL PERGERAKAN INDIVIDU

Semua kakitangan diminta untuk membuat label pergerakan staf si tempat kerja masing-masing.

Thursday 23 January 2014

TAKLIMAT 5S KEPADA PELAJAR BARU JMTI

Pada 6 Januari 2014, Institut Teknikal Jepun Malaysia telah menerima kedatangan pelajar baru bagi sesi 1/2014. Seramai lebih kurang 200 orang pelajar telah mendaftar pada hari tersebut bagi kursus Diploma dan Diploma dan Diploma Lanjutan. Perasmian Minggu Suai Kenal untuk pelajar-pelajar baru telah diadakan pada 7 Januari 2014, dan Jawatankuasa Latihan Amalan 5S JMTI telah mengadakan sesi taklimat untuk para pelajar baru. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En Mohd Raris bin Mohamed Yusof, Timbalan Pengarah II selaku Pengerusi Pelaksanaan 5S di JMTI. Taklimat yang disampaikan bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar baru telah faedah dan kaedah pelaksanan 5S yang perlu diamalkan di institusi ini. Diharap dengan taklimat yang disampaikan semua pelajar dapat memahami dengan lebih jelas tentang kebaikan serta faedah amalan 5S ini sekaligus menjadikan mereka seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan tingkah laku.







SEGALA ARTIKEL ADALAH HAK MILIK JAWATANKUASA LATIHAN 5S JMTI